Loading...
Tuesday 30 July 2013

peranan semua pihak atasi masalah dadah

Peranan individu :
Tidak sesekali mencuba dadah
Tidak berseronok secara berlebihan
Kenalpasti pengaruh yang kurang sihat di sekeliling anda
Jagalah harga diri
Ketahuilah apa  yang penting bagi diri anda
Tingkatkan keyakinan diri pada setiap masa
Sentiasa terapkan nilai yang baik dan mempraktikkannya
Berkeyakinan dalam membuat keputusan bijak
Mengatasi masalah bukan dengan dadah
Bersikap rasional dan positif
Hindari kawasan berisiko dadah
Membantu persekitaran bebas dari dadah

Peranan ibu bapa / keluarga
Bentuk anak-anak dengan memberikan kasih sayang
Sentiasa menjadi teladan yang baik
Mengambil berat dan berikan perhatian
Sentiasa membimbing ke arah kesejahteraan
Mendengar dengan aktif
Tidak berprasangka buruk
Menyelesaikan masalah yang ada
Sentiasa berbincang dan bercakap benar
Berikan alas an yang jelas
Bersabar menghadapi kerenah anak-anak
Sentiasa bertolak ansur dan bersabar
Jangan menghukum sebelum mendengar dan mengetahui dengan jelas
Faham perasaan anak dengan prihatin dan kasih sayang
Berkomunikasi dengan berkesan dan hormati pendapat anak anda
Ketahuilah apa yang anak-anak anda lakukan, siapa rakan-rakan mereka, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan pada masa lapang

Peranan masyarakat
Membantu dan menjana perlaksanaan program pemulihan
Melibatkan diri dengan menyumbangkan idea, saranan dan tenaga bagi penyelesaian permasalahan dadah
Penerimaan bahawa bekas penagih dadah masih berguna pada masyarakat
Menyokong usaha ke arah membebaskan kawasan persekitaran dengan dadah
Membimbing bekas penagih supaya lebih bertanggungjawab
Memupuk semangat bencikan dadah
Sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk menyekat kemasukan dadah ke kawasan setempat

Peranan sekolah & institusi pengajian tinggi
Membantu dalam usaha pencegahan dengan pengesanan awal penagihan dalam kalangan pelajar
Mempelbagaikan usaha program pencegahan dadah
Memantapkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam menolak dadah
Menyediakan program yang berkesan supaya mesej dan sasaran lebih tepat
Program penerangan mengenai isu dadah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perkembangan isunya
Menyebarkan maklumat tentang bahaya dadah
Menjadi penyalur maklumat yang efektif
Bersama dalam merancang dan melaksanakan program untuk membasmi dadah

Peranan pertubuhan sukarela / NGO / swasta 
Membantu bekas penagih dadah mengintegrasi diri dalam masyarakat
Memberikan sokongan padu dengan mengambil bahagian dalam setiap program pemulihan dan aktiviti pencegahan
Menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha membanteras dadah
Menyediakan alternatif untuk penagih dadah mendapatkan kepulihan
Mengakui kebolehan bekas penagih untuk bekerja

0 comments:

Post a Comment

 
TOP