Loading...
Monday 25 November 2013

KEPRIHATINAN MELALUI KERJAYA



Kami menyediakan latihan kerja dan pembangunan kerjaya yang boleh membantu anda atau yang tersayang dalam memulakan kehidupan yang baru.

Salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya relapse dalam kalangan penagih dadah adalah tiada pekerjaan yang boleh menjamin kelangsungan hidup. Kini, anda tidak perlu khuatir lagi. Kami menyediakan pelbagai peluang latihan dan pembangunan kerjaya yang boleh anda ikuti.

LATIHAN

Lokasi Latihan : Cure&Care Vocational Center, Sepang Selangor
Tempoh Latihan : Jangka Panjang dan Jangka Pendek (minimum 1 minggu : maksimum 6 bulan)

Bidang-bidang latihan kemahiran yang ditawarkan oleh pihak kami seperti :

-Tukang Kayu
-Mengecat
-Membaiki Alat Penghawa Dingin
-Menjahit & Membuat pakaian
-Mekanik kenderaan
-Berkebun & Bercucuk tanam
-Menternak haiwan
-Kraftangan
-Baik pulih komputer
-Kulinari & Memproses makanan.

Maklumat lanjut mengenai latihan kerjaya dan penempatan kerja sila hubungi 1800882285 (waktu pejabat).

Maklumat mengenai program Azam Kerja & Azam Tani, Cottage Industry dan NBOS sila hubungi 03-89112290 (Pn Mazlina, Cawangan Vokasional, Bahagian Rawatan & Pemulihan AADK)

0 comments:

Post a Comment

 
TOP