Loading...
Thursday 7 March 2013

Armstrong mengakui penggunaan dadah

Lance Armstrong telah mengakui bahawa beliau telah menggunakan dadah untuk meraih kemenangan dalam sukan.

Setelah bertahun-tahun menafikan penggunaan dadah, atlit yang berusia 41 tahun itu telah memberitahu Oprah Winfrey dalam wawancara di televisyen yang beliau telah menggunakan dadah dalam sukan.
Apabila ditanya dalam sesi soal jawab ya atau tidak, Armstrong telah mengesahkan bahawa beliau telah menggunakan dadah dalam semua dari tujuh kemenangan Tour de France beliau dari 1999 ke 2005, beliau telah menggunakan ejen EPO yang meningkatkan darah; testosterone, cortisone dan hormon pertumbuhan manusia.
Oprah juga telah tanya Armstrong jika beliau rasa bahawa seseorang atlit mampu menang Tour tujuh kali tanpa menggunakan dadah, beliau menjawab: "Pada pendapat saya, tidak."
Penggunaan dadah Armstrong telah bermula pada "pertengahan tahun 90an" katanya.
"Saya telah menggunakan cortisone pada awal kerjaya saya, kemudian generasi EPO bermula." kata Armstrong, yang telah menang kejuaraan dunia jalan raya , sebelum menggunakan dadah, apabila berusia 21 pada tahun 2991.
Pencapaian atlit itu dalam Tour de France telah ditarik balik dan beliau telah diharamkan dari serta sukan untuk seumur hidup selepas Syarikat Agensi Anti-Doping Amerika mendapati beliau bersalah sebagai tokoh utama dalam "sistem penggunaan dadah yang paling canggih dalam sejarah sukan".
Armstrong mengumumkan keengganan beliau untuk bekerjasama dengan penyiasatan USDA pada Ogos lalu dan telah dihukum oleh badan berbasikal dunia yang mentadbir, UCI pada akhir Oktober.
Oprah Winfrey juga telah tanya Armstrong sebab beliau ingin membuat pengakuan sekarang.
"Saya rasa jawapan saya tidak begitu baik." jawabnya.
"Ia terlalu lambat. Ia terlalu lambat bagi ramai pihak dan itu adalah salah saya.
"Saya lihat situasi ini sebagai satu penipuan besar, sesuatu yang saya telah mengulangi."
Armstrong sering membuat penafian bahawa beliau tidak menggunakan dadah dan telah menang beberapa tindakan undang-undang terhadapnya.
Pengakuan beliau kini bermakna beliau akan dikenakan tindakan lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
TOP