Loading...
Wednesday 3 April 2013

Edar dadah: Warga Australia diperintah bela diri


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang warga Australia membela diri terhadap pertuduhan mengedar 167.8 gram dadah jenis methamphetamine, tahun lalu. 

Hakim Kamardin Hasim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Dominic Jude Bird, 33, dari Perth. 
Bird didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Old Town Coffee di Jalan Yap Kwan Seng pada kira-kira jam 4.15 petang pada 1 Mac tahun lalu. 

Kamardin menetapkan empat hari mulai 4 Jun untuk pembelaan memanggil saksi mereka. 

Kes ini mendapat liputan meluas media Australia dan beberapa anggota keluarga tertuduh dilihat hadir ke mahkamah hari ini. 

Bird diwakili sekumpulan peguam diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Monica Linsua. 

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
TOP