Loading...
Friday 23 August 2013

Klinik C&C 1Malaysia

Latarbelakang Klinik C&C 1Malaysia 

  Sebelum ini, setting perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Malaysia adalah berteraskan perundangan dan berunsur paksaan. Tetapi kini, AADK telah melaksanakan transformasi dengan penubuhan Klinik C&C 1Malaysia yang berkonsepkan kesukarelaan, tiada ikatan perundangan, tiada pra syarat bagi sesiapa sahaja yang mempunyai permasalahan berkaitan penagihan dadah,

  Atas dasar untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang terbaik, Model C&C telah dibangunkan oleh sekumpulan pegawai AADK dengan matlamat utama iaitu mengekalkan kepulihan daripada pergantungan terhadap dadah (abstinence).

   Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar.

3 Elemen KLINIK C&C 1Malaysia 

 Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C 1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi.

 Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia.

 Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.
APA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  Perkhidmatan utama yang disediakan adalah

      1) Detoksifikasi Menggunakan Ubat-Ubatan
      2) Rawatan perubatan
      3) Rawatan Terapi Gantian Menggunakan Metadon
      4) Program Psikososial
      5) Rujukan dan Advokasi


MODEL KLINIK C&C 1MALAYSIA 

   Model C&C merupakan satu model rawatan dan pemulihan yang komprehensif yang mengandungi gabungan komponen
      model dan teori rawatan dan pemulihan yang telah dibuktikan secara saintifik (evidence based practiced) iaitu Pharmachotherapy,
      Teori Cognitive Behavior Therapy, Motivational Approach dan Intensive Outpatient Matrix Treatment Model.

   Kesesuaian tempoh seseorang klien mendapatkan rawatan dan pemulihan adalah bergantung kepada tahap kebergantungan
      terhadap dadah dan keperluan mereka berdasarkan penilaian yang dilakukan kepada klien. Model C&C dibangunkan bagi klien
      yang menjalani rawatan dan pemulihan untuk tempoh 1-3 bulan bagi klien residential dan 4-6 bulan bagi klien outpatient.

   Kajian mendapati klien haruslah berada di dalam program pemulihan sekurang-kurangnya 90 hari bagi residential program dan
      4-6 bulan untuk program aftercare
KEMASUKAN

  Kemasukan ke Klinik C&C 1Malaysia tertakluk kepada 3 cara:-

     -   Walk-in – klien datang sendiri secara sukarela
     -   Rujukan – dirujuk oleh pihak ketiga (ibubapa, pasangan, majikan atau lain-lain pihak ketiga yang relevan).
     -   Temu-seru – dirujuk oleh pegawai AADK/NGOs.

0 comments:

Post a Comment

 
TOP