IMPAK KESAN PENYALAHGUNAAN
Kesan penggunaanya menyamai dengan Amphetamine.
Menyamai juga cathinone.
Dikhuatiri ianya boleh disalahgunakan dalam kapasiti yang besar jika ianya berorientasikan untuk keuntungan.
BALT SALTS
Dadah ini dikategorikan dadah sintetik. Dadah ini dinamakan Balt Salts ( Garam Mandi) adalah sempena garam yang digunakan dalam mandian boleh bertindak meransang otak ke tahap tertinggi dan meningkatkan suhu badan. Keadaan ini akan menyebabkan halusinasi dan perlakuan ganas yang ekstrem menyebabkan penagih yang mengambil dadah ini hilang pertimbangan dan meransang penagih menjadi zombie sehingga sanggup membunuh dan memakan daging manusia atau menyakiti mangsa sampai mati.
Dadah ini dihasilkan dengan kombinasi bahan kimia seperti amphetamine, terutama mephedrone, MDPV dan methylone. Mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan terus menular penggunaannya di Britaian, Amerika Syarikat dan Eropah.
KROKODIL
Dadah ini mula dikesan di Rusia sejak tahun 2002. Dadah mula menular di kawasan Siberia. Penggunaan dadah ini membawa kesan kemusnahan diri yang ekstrem ke atas minda, dan anggota tubuh badan. Dadah ini dalam kategori dadah sintetik ( Designer Drug).
Nama saintifik bagi dadah ini ialah Desomorphine. Dadah ini campuran daripada codeine, thinner, gasoline, asid hidroklorik, iodin dan bahan-bahan lain. Dadah ini dalam bentuk cecair (liquid) dan penggunaan secara suntikan.
0 comments:
Post a Comment