HELAH sepasang kekasih yang memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak berhasil apabila ujian air kencing mereka positif heroin.
Lelaki berusia 50-an dan teman wanitanya berusia 20-an itu terus menutup lampu di luar rumah didiami mereka di Butterworth sebaik menyedari kehadiran anggota AADK.
Taktik suspek itu bagaimanapun tidak dapat mengelirukan anggota AADK yang kemudiannya memecah masuk rumah berkenaan dan suspek cuba meloloskan diri dengan menyorok di belakang tangga, namun tidak berhasil.
Ketua Pegawai AADK Daerah Seberang Perai Utara Zulkefli Alapitchay berkata, pemeriksaan ke atas rumah didiami lelaki dan teman wanitanya itu menemui peralatan menghisap dadah.
"Semua suspek yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Pejabat AADK Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah 1983," katanya.
Sementara itu, Zulkefli berkata, pihaknya terus meminta kerjasama daripada masyarakat untuk bersama AADK dalam memerangi dadah.
Beliau berkata, tanpa kerjasama masyarakat, tidak mungkin AADK dapat membasmi penyalahgunaan dadah secara maksimum dan berharap dapat menyalurkan maklumat mengenai kegiatan itu secara berterusan dari semasa ke semasa.
sumber
0 comments:
Post a Comment