Loading...
Monday 9 August 2021

AADK Selangor | Dadah Jenis NPS (New Psychoactive Substance) | BAHAYA DADAH KATEGORI NPS

AADK Selangor | Dadah Jenis NPS (New Psychoactive Substance)

BAHAYA DADAH KATEGORI NPS



Dadah jenis New Psychoactive Substance (NPS) atau Substan Psikoaktif Baharu bukan bermaksud dadah yang baru ditemui kerana terdapat dadah di bawah kategori NPS yang sudah berada di pasaran sejak 40 tahun lalu. NPS bermaksud dadah atau substan yang belum dikawal di bawah undang-undang sedia ada (Konvensyen Dadah Narkotik 1961 atau Konvensyen Substan Psikotropik 1971 dan lain-lain) yang boleh menyebabkan ketagihan dan kesan sampingan yang teruk. Menurut kajian oleh UNODC pada tahun 2012, negara Asia merupakan pengguna kedua terbesar dadah jenis ini selepas Amerika Syarikat. Selain itu, banyak negara Asia telah menjadi pengeluar utama dadah NPS sintetik disebabkan kemajuan dalam teknologi pembuatan. Sehingga kini telah terdapat lebih 800 jenis dadah NPS yang telah dikesan sama ada yang semula jadi ataupun sintetik. Pasaran dadah NPS sentiasa berubah di mana terdapat banyak dadah baharu yang muncul dan banyak dadah sedia ada tidak lagi berada dalam pasaran selepas beberapa ketika supaya tidak mudah dikesan pihak berkuasa. Dadah NPS dicipta untuk meniru kesan dadah sedia ada dan boleh tergolong dalam mana-mana kategori termasuk stimulan, cannabinoid, depresan dan juga halusinogen. Antara contoh dadah NPS termasuklah Flakka, Ketum, Khat, kanabis sintetik (K2, Spice) dan Cathinone. Dadah NPS selalunya dipasarkan sebagai produk harian seperti wangian, mandian, produk herba dan juga baja tumbuhan untuk mengaburi mata penguatkuasa.

Namun, kesan sampingan bagi dadah NPS adalah lebih merbahaya kerana melibatkan campuran kimia yang kuat dan tidak diketahui jenis dan dosnya. Kesan sampingan ini adalah mengikut jenis bahan kimia yang telah dicampurkan ke dalam dadah tersebut. Ketagihan kepada dadah NPS selalunya menyebabkan penggunanya mengalami kesan mengalami kesan sampingan yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Contohnya, dadah Flakka yang terkenal kerana penggunanya bersifat agresif dan hilang kewarasan. Sumber: 1. https://t.co/k3ri6LgcLD 2. https://t.co/ULoBVV28YO ___________________________ Jom kongsikan tentang bahaya penyalahgunaan dadah kategori New Psychoactive Substance atau lebih dikenali sebagai NPS #LebihBaikCegah #DadahTerkawal2025 #TakPerluStimGuys #aadkmalaysia




0 comments:

Post a Comment

 
TOP