PETALING JAYA – Tindakan berani mati tiga lelaki yang cuba melarikan diri ketika serbuan Ops Medan di Mentari Court, Jalan PJS10 kelmarin mengundang padah apabila ketiga-tiganya patah kaki selepas terjun dari tingkat satu bangunan berkenaan.
Dalam serbuan bersepadu dijalankan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula jam 9 malam hingga 1 pagi di tiga lokasi berasingan itu, ketiga-tiga lelaki tempatan itu dikatakan cuba melarikan diri untuk mengelak daripada ditahan selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Operasi berkenaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Hairy Ahmad bersama 20 anggota manakala enam anggota AADK termasuk seorang pegawai.
Pengarahnya, Mohd Fauzi Maarop berkata, ketika serbuan berkenaan, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis berkenaan.
“Premis berkenaan menjalankan kegiatan judi haram di tingkat atas manakala di bawah adalah restoran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, AADK menjalankan ujian saringan air kencing terhadap lapan orang dan ketiga-tiga lelaki itu ditahan kerana didapati positif dadah.
Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah (APD) 1983.
Katanya, MBPJ menyita 27 monitor, 21 komputer dan tujuh kotak syiling mengikut Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007 MBPJ.
Mohd Fauzi berkata, dua lagi serbuan di jalankan di Taman Desa Ria, Jalan PJS5 dan seramai 12 orang disaring.
“Bagaimanapun, kesemuanya negatif dadah dan kami (MBPJ) merampas 12 komputer, 32 cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) serta 34 monitor,” katanya.
sumber : Sinar Harian
Monday, 25 February 2013
Recent Posts
DUHAI ANAK ! Saksikan Video Pendek Ini & Jangan Lupa SHARE kepada semua.
AADK Selangor | Motivasi Inspirasi Untuk Bangkit Semula Dalam Kehidupan
ASK MR BOBBY | Memantapkan Penerimaan Masyarakat Dalam Usaha Mengawal Isu Penagihan Di Selangor
AADK Selangor | Tips Psikologi Bagaiman Tekanan Psikologi & Emosi Harus Diuruskan?
ASK MR BOBBY AADK Selangor | Apakah Yang Sepatutnya Dilakukan Untuk Mencapai Kepulihan ?
ASK MR BOBBY | AADK Selangor | Aspirasi Peneraju Pengarah AADK Selangor
ASK MR BOBBY AADK Selangor | Salah Tafsir Penyalahgunaan Dadah!
AADK Negeri Selangor | Apakah Pendekatan Terbaru Bahagian Rawatan, Perubatan & Pemulihan AADK 2021
AADK Selangor | Dadah Jenis NPS (New Psychoactive Substance) | BAHAYA DADAH KATEGORI NPS
PROGRAM ZIARAH IHSAN AADK NEGERI SELANGOR V1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.