Pengarah KDRM Sabah, Datuk Janathan Kandok berkata, sehubungan itu seorang rakyat Malaysia berumur 34 tahun ditahan sebaik tiba di ruang pemeriksaan bagasi kira-kira jam 2.35 petang Isnin lalu.
Beliau berkata, dadah jenis ketamin seberat 14.106 kilogram itu dirampas ketika pemeriksaan dilakukan ke atas tiga beg suspek yang sudah diubah suai.
Janathan berkata, suspek didapati transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Tawau.
"Siasatan mendapati trend atau teknik penyeludup dadah akhir-akhir ini ialah menggunakan lapangan terbang tempatan dari KLIA," katanya. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.