Loading...
Sunday, 7 April 2013

Seludup heroin meningkat


Kuala Lumpur: Penyeludupan masuk dadah jenis heroin menunjukkan arah aliran peningkatan mendadak berbanding dadah lain dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Peningkatan kemasukan heroin ke negara ini dipercayai berpunca daripada permintaan tinggi sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai transit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata permintaan tinggi terhadap dadah terbabit juga disebabkan harga pasaran yang jauh lebih murah berbanding dadah jenis lain.

Sebagai contoh, harga pasaran bagi sekilogram heroin ialah RM20,000 berbanding sekilogram methamphetamine yang berharga RM200,000.

Rampasan dadah jenis methamphetamine agak berkurangan tahun ini berbanding heroin yang menunjukkan peningkatan mendadak. Sebahagian besar heroin dibawa masuk dari Pakistan, katanya sempena sambutan Hari Polis Ke-206, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

32,297 individu ditangkap 

Sementara itu, 32,297 individu ditangkap berikutan kes dadah pada Januari dan Februari tahun ini.
Daripada jumlah itu, 2,225 didapati memiliki dan mengedar dadah secara kecil-kecilan dengan nilai rampasan RM30.67 juta berbanding RM52.79 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Sepanjang tahun lalu, dadah bernilai RM300 juta dirampas, manakala 32 makmal pemproses dibongkar membabitkan 2,872 tangkapan dari beberapa negara asing termasuk Nigeria, Iran, Pakistan dan Thailand.

Noor Rashid berkata, tahun ini tangkapan membabitkan kes dadah warga asing lebih tinggi dari India berbanding Nigeria dan Iran.

Warga India menggunakan taktik menyeludup ketamin dalam beg yang diubah suai, manakala warga asing lain menggunakan kontena untuk menyeludup masuk dadah, katanya.

Noor Rashid berkata, sindiket itu juga dikesan menggunakan perkhidmatan kurier atau keldai dadah wanita warga Mongolia, Indonesia, Filipina dan Thailand untuk menyeludup dadah ke negara lain.

Katanya, tangkapan keldai dadah membabitkan warga tempatan di dalam atau luar negara berkurangan kerana peningkatan kesedaran sejajar kempen yang dilaksanakan pelbagai agensi berkaitan.
sumber

0 comments:

Post a Comment

 
TOP