Suspek ditahan dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut.
BACHOK - Seramai 10 lelaki ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok dalam operasi memerangi pil kuda di sekitar Kampung Gunong, Telong dan Perupuk, baru-baru ini.
Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhamad Rostam Mohd Aluwi berkata, operasi itu bertujuan mengesan suspek kes tangkapan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 yang gagal hadir untuk pendakwaan.
Beliau berkata, 10 kes berjaya dikesan dan didakwa di Mahkamah Majistret Bachok di bawah Seksyen 6(1)(a) / 6(1)(b) Akta Penagihan Dadah 1983.
"Semua suspek berusia dalam lingkungan umur 28 hingga 47 tahun akan menjalani pemulihan penagih dadah di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Gambang, Pahang selama dua tahun, dan di bawah pengawasan AADK Bachok selama dua tahun.
"Operasi seperti ini akan diteruskan dan kami berharap masyarakat akan terus memberi kerjasama padu dalam menyalurkan maklumat mengenai penyalahgunaan dadah," katanya.
Beliau berkata, ketika menjalankan operasi itu, AADK Bachok juga menahan beberapa lelaki yang disyaki penagih dadah.
"Tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine selepas menjalani ujian urin. Mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983," katanya.
#perangidadahhabishabisan
#dadahkesannyamembinasakan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#sayangidirimu
#aadkselangor
0 comments:
Post a Comment