BACHOK - Seorang wanita yang baharu sahaja melahirkan anak keduanya ditahan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok selepas didapati positif dadah jenis pil kuda.
Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhammad Rostam Mohd Aluwi berkata, suspek berusia 34 tahun itu antara penagih dadah yang ditahan dalam operasi memerangi pil kuda di sekitar Kampung Rekang, Kampung Cherang Hangus, Kampung Budi dan Beris Kubur Besar, baru-baru ini.
Menurut beliau, difahamkan suspek wanita itu mempunyai dua anak dan telah ditinggalkan suaminya.
"Dia satu–satunya suspek wanita yang ditahan dalam operasi kali ini. Suspek wanita itu mempunyai dua anak dan anak keduanya baru berusia dua bulan.
"Dalam operasi ini, kita berjaya menahan 30 orang yang disyaki penagih dadah dan 18 daripada mereka didapati positif dadah jenis morfin dan methaphetamine atau pil kuda," katanya.
Beliau berkata, semua suspek berusia lingkungan usia 20 hingga 30 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah 1983.
#perangidadahhabishabisan
#dadahkesannyamembinasakan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#sayangidirimu
#aadkselangor
0 comments:
Post a Comment