Loading...
Sunday 12 March 2017

47 ditahan, 13 positif dadah

Lima individu didapati positif dadah pada operasi bersepadu bersama JPJ Negeri Terengganu di Rhu Renggeh di sini.

MARANG - Buru hingga lubang cacing! Itu kesimpulan dibuat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang dalam usaha mengesan dan membasmi aktiviti penagihan berlaku di daerah ini melalui operasi-operasi yang dijalankan.


Ketua Pegawai AADK Marang, Wan Zulkafli Wan berkata, pihaknya berjaya menahan 47 individu dalam tiga operasi dijalankan AADK Marang di beberapa lokasi sekitar daerah termasuk melalui sekatan jalan raya Februari ini.


Beliau berkata, pada operasi secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu di Rhu Renggeh pada Rabu lalu, menyaksikan seramai 35 pengguna jalan raya disaring dan lima daripadanya positif dadah.


“Bagi operasi mengesan dan menahan penagih dadah sekitar Marang pada 15 Februari pula, seramai enam individu disyaki terlibat dalam aktiviti berkenaan berjaya ditahan namun hanya dua individu ditahan untuk tindakan lanjut.


“Manakala bagi operasi sama di sekitar daerah Marang pada 7 Februari lalu, seramai enam individu berjaya ditahan dan ujian saringan mendapati lima didapati positif dadah jenis methamphethamine dan seorang jenis opiat,” katanya, hari ini.


Beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi yang sama secara kosisten di daerah berkenaan selain menganjurkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah bagi menyampaikan ceramah antidadah di Marang.


Menurutnya, langkah dan usaha dijalankan itu bagi menunjukkan komitment dan ketegasan AADK dalam menangani permasalahan dadah berlaku di kalangan masyarakat di samping mendedahkan pengetahuan mengenai bahaya dadah.


“Di mana pihak AADK Marang juga percaya, melalui tindakan pihak berkuasa dalam memerangi dadah sahaja tidak mencukupi tetapi pendedahan dan pencegahan itu mestilah bermula dari rumah, sekolah dan persekitaran,” katanya.

#PerangiDadahHabisHabisan
#DadahKesannyaMembinasakan
#PencegahanDadahBermulaDariRumah
#SayangiDirimu
#AADKSelangor




0 comments:

Post a Comment

 
TOP