Loading...
Sunday, 12 March 2017

Angkara dadah, akhirnya bawa padah


LUMUT - Akibat dadah, seorang lelaki tidak dapat menyambut Tahun Baharu Cina bersama-sama keluarganya selepas ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung dalam sekatan jalan di Sitiwan di sini, malam tadi.

Lelaki berumur 58 tahun itu adalah antara tiga individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Jalan Mempisang yang dijalankan AADK bersama-sama   Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pegawai AADK Manjung, Sharuddin Abdul Salam berkata lelaki itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal sebelum ditahan kira-kira 9 malam.


"Dia mengaku singgah ke sebuah pusat hiburan untuk mendapatkan pil ecstacy sebelum itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, yang bermula 8 malam, dua lagi lelaki berusia 25 dan 43 tahun ditahan selepas positif dadah jenis Methaphetamine.

Sharudin berkata, mereka cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal namun, tindakan pantas anggota penguatkuasaan dapat menahan mereka.

Dalam sekatan jalan itu, pihaknya turut menemukan wang tunai berjumlah RM4,320 dipercayai untuk membeli dadah daripada seorang individu yang ditahan itu.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan dibawa ke Pejabat AADK Manjung untuk siasatan. - Bernama

#PerangiDadahHabisHabisan
#DadahKesannyaMembinasakan
#PencegahanDadahBermulaDariRumah
#SayangiDirimu
#AADKSelangor

0 comments:

Post a Comment

 
TOP