Loading...
Sunday 12 March 2017

AADK gempur sarang penagih di jeti nelayan


DUNGUN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu berjaya membongkar sarang penagihan dadah yang dimonopoli golongan nelayan asing dan tempatan.


Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Terengganu, Wan Jalani Wan Ismail berkata dalam serbuan itu, pihaknya memberkas 68 orang dan mendapati 50 daripadanya positif dadah termasuk 10 nelayan warga Thailand.


"Operasi yang bermula jam 7 pagi tadi memfokuskan kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun dan di bawah jambatan Paka berhampiran jeti nelayan.



"Ia berikutan aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti penagihan dadah di kawasan jeti nelayan. Seramai tiga orang daripada jumlah yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis kerana memiliki dadah," katanya selepas operasi perangi dadah habis-habisan, di sini, hari ini.


Dalam operasi berkenaan, seramai 64 kekuatan digunakan terdiri daripada AADK, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


Bagi mengekang masalah penagihan berterusan, Wan Jalani berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Persatuan Nelayan dan mengadakan pemantauan di kawasan jeti kerana didapati dadah mudah dibawa masuk ke kawasan tersebut.


Katanya kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun itu dibawa ke Pusat Pemulihan AADK. - Bernama

#perangidadahhabishabisan
#dadahkesannyamembinasakan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#sayangidirimu
#aadkselangor




0 comments:

Post a Comment

 
TOP