Loading...
Sunday, 12 March 2017

Peranan AADK akan diperkasakan

Nur Jazlan Mohamed bercakap ketika Mesyuarat Majlis Anti dadah Pemadam Kebangsaan di Ibu Pejabat Pemadam Kebangsaan.- Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kini diberi kuasa menangkap, menahan dan mendakwa penagih-penagih dadah.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dengan penguatkuasaan ini akan memperkasakan lagi agensi berkenaan dalam usaha mengatasi masalah dadah.


"Sebelum ini kuasa menangkap, menahan dan mendakwa para penagih dan pengedar ini diberikan kepada polis, kini AADK pula diberikan peranan khas untuk mengendalikan penagih dalam memperkasakan lagi agensi tersebut.


"Selain itu, NGO-NGO lain yang berkaitan juga akan turut sama membantu AADK untuk mengatasi masalah ini," katanya ketika Majlis Penyerahan Tugas Naib Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).


Sementara itu, selaku presiden Pemadam yang baru, Nur Jazlan turut berkongsi peranan NGO tersebut dalam usaha memerangi dadah di negara ini.


"Peranan Pemadam ialah melalui pencegahan di mana kami percaya bahawa masalah ini dapat diatasi jika dicegah dari usia awal.


"Aktiviti melibatkan ibu bapa dan anak-anak akan dilakukan supaya generasi muda ini tidak akan mudah terpengaruh dengan dadah," katanya lagi.

#perangidadahhabishabisan
#dadahkesannyamembinasakan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#sayangidirimu
#aadkselangor



0 comments:

Post a Comment

 
TOP