Loading...
Sunday 12 March 2017

Empat ditahan dalam operasi AADK

Empat lelaki yang dibawa balik ke Pejabat AADK Marang didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing.


MARANG - Seramai empat lelaki disyaki penagih dadah berjaya ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang dalam operasi memerangi dadah di sekitar daerah ini, malam tadi.

Ketua Pegawai AADK Marang, Wan Zulkafli Wan Ahmad berkata, operasi sekumpulan 10 anggota  penguatkuasaan AADK Marang itu diketuai Norizuan Ngarif.

Menurutnya, operasi itu dimulakan kira-kira jam 2.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 8.00 pagi tadi bertujuan mengesan individu yang disyaki terlibat di lokasi panas sekitar daerah berkenaan untuk menjalani saringan air kencing.


“Empat orang disyaki yang berjaya ditahan dalam operasi itu dibawa balik ke Pejabat AADK Daerah Marang untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Kesemua mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983,” katanya kepada Sinar Harian di sini selepas operasi berakhir, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi seperti ini akan diteruskan dan pihaknya berharap masyarakat akan terus memberi kerjasama padu dalam menyalurkan maklumat mengenai penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan.

#perangidadahhabishabisan
#dadahkesannyamembinasakan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#sayangidirimu
#aadkselangor








0 comments:

Post a Comment

 
TOP