Loading...
Sunday 12 March 2017

Kanak-kanak 12 tahun positif dadah

Kanak-kanak usia 12 tahun antara empat ditahan dipercayai positif dadah.


BUTTERWORTH - Ketika kanak-kanak lain yang seusia dengannya dibuai mimpi indah, namun lain pula kisahnya di sebuah hotel bajet di sini apabila seorang kanak-kanak antara yang ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri di sini, malam tadi.


Kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun itu dipercayai positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan ketika serbuan tersebut.




Ketua Penguatkuasan dan Keselamatan AADK Negeri, Nasru'ddin Abdul Rahman berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Sarang ini diadakan di beberapa buah hotel bajet disini.



"Dalam operasi yang diadakan ini, pihak AADK turut berjaya merampas 53.5 gram syabu dan 3.65 heroin.

"Seramai 10 orang diperiksa dan menjalani ujian saringan air kencing dan empat daripadanya didapati positif dadah," katanya.

Katanya, mengenai kanak-kanak yang ditahan tersebut, pihaknya dimaklumkan oleh kanak-kanak itu bahawa dirinya masih bersekolah.

"Bagaimanapun, pihak kami akan merujuk kepada pihak berkenaan berkaitan kanak-kanak ini untuk kesahihan cerita daripada kanak-kanak ini," katanya.

Menurutnya, operasi AADK akan sentiasa diadakan secara berkala demi untuk memerangi dadah berhabis-habisan.

"Untuk ini kerjasama orang awam amat diperlukan terutamanya kepada ibu bapa saya menasihatkan agar sentiasa memantau pergerakan dan perubahan anak-anak.

"Dadah merupakan musuh nombor satu negara yang perlu diperangi oleh itu, kerjasama daripada masyarakat amat perlu bagi memeranginya," katanya.

#perangidadahhabishabisan
#dadahkesannyamembinasakan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#sayangidirimu
#aadkselangor


0 comments:

Post a Comment

 
TOP