TIGA belas penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di tujuh kampung di Beaufort dan Papar, dalam operasi bermula 9.30 malam tadi hingga 2 pagi hari ini.
Semua individu ditahan berusia 22 hingga 50 tahun termasuk seorang lelaki yang pernah menjalani pengawasan di bawah AADK beberapa tahun lalu.
Katanya, operasi ini hasil maklumat orang awam sebelum pegawai dan anggota AADK Beaufort dan negeri menjalankan risikan selama seminggu dalam usaha membanteras kegiatan penagih dadah di daerah berkenaan.
"Hasil operasi itu, menahan 15 orang disyaki penagih dadah dan ujian saringan awal air kencing, seramai 13 orang didapati positif dadah jenis methamphetamin atau syabu
Beliau berkata, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
"AADK Beaufort akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penagih dadah.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran," katanya.
sumber
0 comments:
Post a Comment