“Hasil ujian saringan awal air kencing, enam didapati positif dadah jenis syabu manakala seorang lagi negatif,” katanya di Kota Belud hari ini.
Asraf berkata, seorang lelaki cuba melarikan diri selepas melihat kehadiran penguat kuasa AADK, namun berjaya ditahan apabila dia menyerah diri kerana tidak tahan nafas selepas bersembunyi di tangki air yang penuh di bilik mandi.
“Suspek yang positif syabu dan dibawa ke AADK Tuaran untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Asraf berkata, semua suspek berusia 22 hingga 46 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
“AADK Tuaran akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membenteras kegiatan penagihan dadah.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Tuaran di talian 088-788336 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran,” katanya.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment