Ketua Pegawai AADK Daerah Baling, Arnida Ishak berkata, lelaki itu sanggup membawa anaknya bagi melepaskan gian menghisap dadah.
"Anggota AADK menahan lelaki itu yang tidak sempat meloloskan diri dan anaknya berada bersamanya ketika itu.
"Saya sedih kerana lelaki itu sanggup membawa anak kecil dan difahamkan isterinya pula sedang berpantang,” katanya ketika dihubungi.
Dalam Ops Perdana Cegah Dadah selama 10 jam bermula 1 pagi sehingga 10 pagi tadi, AADK menahan 27 penagih di Kampung Parit Panjang, Kampung Teloi Kanan dan Kampung Padang Cik Mas.
Arnida berkata, Ops yang diketuai Mohamad Ismail Shahid Mohamad Suhaimi dengan 13 anggota daripada AADK Baling dan Pendang, penagih berusia 19 sehingga 50 tahun ditahan.
"Daripada 27 yang ditahan 25 didapati positif dadah dan dua negatif dibebaskan," katanya sambil memaklumkan semua yang ditahan dihantar ke Pusat Tahanan Reman Kampung Selamat, Pulau Pinang.
Arnida berkata, AADK akan terus beroperasi mencegah gejala penagihan dadah dan melancarkan operasi di lokasi yang dikenal pasti di samping mendapat kerjasama orang awam.
"Saya meminta masyarakat memberi kerjasama dan tidak melontar tuduhan liar kononnya AADK tidak peka dengan masalah penagih di daerah ini.
"Masyarakat perlu tampil dan membantu agensi penguatkuasa termasuk polis dan AADK untuk mencegah gejala ini daripada menular kepada remaja serta pelajar sekolah," katanya.
0 comments:
Post a Comment