Loading...
Monday 18 February 2019

Padah Suami Kepala Angin & Kaki Lalok


AKIBAT tidak tahan bergaduh apabila suami kerap naik angin selepas menghisap dadah jenis syabu, seorang wanita nekad melaporkan ketagihan lelaki itu kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Berikutan itu, lelaki, 55, yang bekerja sebagai buruh akhirnya ditahan angggota penguat kuasa AADK di rumahnya di Alam Megah, Shah Alam dalam serbuan pada jam 1 pagi semalam.


Lelaki berkenaan antara enam individu ditahan AADK dalam operasi dua hari diketuai oleh Ketua Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Petaling Jaya Mohd Uzair Umran bersama tujuh anggota penguat kuasa sejak kelmarin.

Mohd Uzair berkata, ketika pemeriksaan lelaki berkenaan tidak memberi kerjasama sehingga berlaku sedikit kekecohan apabila dia tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya.

Namun katanya, suasana dapat dikawal apabila anggota penguat kuasa berjaya menahannya dan dia kini direman selama 14 hari di Pusat Tahanan Reman AADK Kuala Selangor sejak semalam.

“Lelaki itu adalah antara enam individu yang ditahan dalam beberapa serbuan selama dua hari dijalankan oleh AADK Petaling Jaya kerana terbabit kegiatan penagihan dadah.


“Selain lelaki itu, AADK turut menahan lima lagi lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, empat lelaki yang ditahan itu didapati positif syabu, manakala dua lagi positif mengambil candu atau opiat.

“Kesemua lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

sumber

 

0 comments:

Post a Comment

 
TOP