Dalam operasi bermula jam 4 pagi kelmarin, suspek berusia 40-an ditahan bersama lima suspek lain berusia 35 hingga 55 tahun di lokasi berasingan di daerah ini.
Ketua Operasi AADK Pasir Mas Norsyahrul Azizi Mohd Zamri berkata, seramai enam anggota AADK Pasir Mas terbabit dalam operasi berkenaan.
Katanya, operasi dijalankan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penagihan dadah di sekitar daerah ini.
“Ketika kita menyerbu sebuah rumah di Kampung Pasir Parit, Chetok, di sini, jam 3.30 pagi, suspek pada mulanya bertindak agresif untuk mengelak ditangkap selain turut mengancam anggota AADK.
“Tidak lama kemudian, anak lelaki suspek keluar dari bilik tidur sambil menangis dan merayu supaya bapanya tidak ditahan.
Menurutnya, selepas ujian saringan air kencing dijalankan, suspek disahkan positif Opiat manakala lima suspek lain positif Methampetamine.
“Semua suspek direman antara lapan hingga 14 hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan) 1983,” katanya.
Norsyahrul turut berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat kepada AADK.
“Usaha berterusan akan diteruskan AADK dalam memerangi penagihan dadah,” katanya
sumber
0 comments:
Post a Comment